Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari.”
Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.”
...
Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”
Harakah – “Kami tiada beca.”
Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.”
Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!”
Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca.”
Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”
Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”
Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.”
Samy Vellu – “Beca tak bayar tol dicari.” ….
Hahaha. Dalam kelakar ada juga logiknya. Harap2 bila election nanti, tak delah putar belit teruk camni keluar ya, Fadz.
ReplyDelete