nuffnang

Followers

tulis nama blog korang.. nanti i follow ok....

Sunday, January 16, 2011

bengkak tekak...

adoiii.. dua tiga hari ni asyik tak sihat je... baru je baik demam dan batuk.. mai pulak dah sakit tekak.. nasib baik laa.. tiga penyakit ni tak mai serentak.. aduhh penat betul...

hari ni aku sakit tekak... rasa macam kat tekak aku ni dibgosok dengan berus dawai.. erkkk pernah ke ada orang tekaknya digosok berus dawai??? tapi memang sakit laa... dan secara rasminya hari ini aku menjadi seorang yang bisu.. maka duduk rumah je laa.... ermm nak tengok tv pun x ada mood.. yang paling sakit.. bila nak terbatuk.. rasa macam nak terkeluar anak tekak.. perit sungguh...

semalam google dan selongkar segala petua yang ada.. aku dah minum 2 gelas air asam jawa.. tak jadi juga.. minum madu pun tak mujarab gak.. aku sekarang minum air masak saja.. masalahnya macam mana nak minum kalau tekak ni rasa sakit 24 jam... dan aku sangat lemah... baru tadi pun aku buat nasi goreng.. tu pun pasal lapar sangat... dan kali ni aku makan sangat perlahan... sakit wooo

ni tengah tunggu mak buatkan sup ayam... harap2 laa aku boleh sembuh.. aku tak suka makan ubat.. bukan sebab pahit.. tapi tak nak ketagih... kekadang aku ni pun pelupa gak.. so nanti tak semubh gak terutamanya bila ubat antibiotik.. kalau x habiskan.. memang tak akan sembuh laa kan...

ermmm aroma sup ayam dah mula menerawang masuk ke bilik.. huhhuhu

No comments:

Post a Comment

Cheeky Quotes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...