KISAH HARIMAU
""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya
dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam
semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur
kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.
HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak
lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...
Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang
memburuku HARIMAU yang beriman...! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.
Tiba-tiba....
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun
berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
No comments:
Post a Comment