aku baru je pulang dari menonton 'papadom'.... memang aku akui filem ni baik dari segi arahan, jalan cerita, lakonan yg mantap, dialog yg selamba, dan juga mesej yg kuat terutamanya pada parents dan juga budak2 remaja sekarang....
jalan cerita 'papadom' memang lain sekali... baru sekarang ada org berani buat wayang yg bertemakan keluarga.... biarpun jalan ceritanya simple... tentang susah payah seorang ayah menjaga anak daranya sampai overprotecting.... aku muak dengan cerita cinta melayu...aku lebih minat cerita penyiasatan, thriller n horror... tahniah afdlin kerana menghasilkan sebuah produksi utk filem sebegini hebat... dan juga kerana berjaya menarik aku utk membeli tiket wayang melayu... hahaha.... seingat aku wayang melayu yg aku tonton histeria... dan histeria juga satu karya bagus.... oohh ya aku pernah menonton jangan tegur... tapi x perlu laa aku katakan di sini...sesungguhnya membuang masa dan duit saja....
balik pada cerita 'papadom'.... memang dialog yg digunakan selamba je.... dan lakonan mantap dari liyana jasmay, scha, que haidar & of course laa sapa lagi kalau bukan afdlin shauki.... he's the best... dan sememangnya afdlin layak memenangi anugerah di festival filem lalu.... syabas dan harap afdlin muncul dengan karya yg lebih mantap....
No comments:
Post a Comment