nuffnang

Followers

tulis nama blog korang.. nanti i follow ok....

Tuesday, August 11, 2009

kisah istimewa untuk kita....

ermmm sudah agak lama aku tidak ke mari.... aku sibuk dengan aktiviti harian aku..... aku cuma berkesempatan singgah dan menjenguk perkembangan blog yang aku senaraikan.... maaf ya blog...sudah lama aku abaikan kamu....aku sibuk menela'ah...hingga minda dan jiwa aku meronta memohon ingin direhatkan..... ahhh namun mana bisa bukan??

hari ini aku terpempan menonton oprah show... hatiku bagai diruntun-runtun untuk terus menonton oprah...kali ini oprah menjemput dan menemubual dua lelaki...kisah mereka menarik... mereka menceritakan bahawa mereka pernah membela seekor anak singa di apartment ...dan bagaimana mereka menemuinya kembali....

ini kisah John Rendall and Anthony "Ace" Bourke.... mereka membeli seekor anak singa di Harrods, London pada tahun 1969... dek kerana kasihankan pada anak singa yang terkurung sempit di dalam sangkar kecil...mereka sepakat untuk membawa anak singa itu pulang ke rumah dan ia dinamakan sebagai "Christian"... mereka berdua begitu menyayangi christian...malah menganggap christian bagai anak kecil... christian sering dibelai dan diberi penuh kasih sayang... christian sering dibawa bersiar-siar malah bermain-main bersama john dan anthony di perkarangan laman gereja lama pada hampir setiap petang...

malangnya... christian kian membesar...malah tubuhnya sudah tidak muat lagi untuk masuk ke dalam kereta... christian sudah berasa sempit untuk tinggal bersama john dan anthony.... maka mereka berdua memutuskan bahawa christian perlu dihantar ke habitat semulajadinya.... jadi mereka memutuskan untuk menghantar christian ke safari di Afrika... bukan sahaja mereka berdua merasa sedih...malah christian sendiri seperti berat untuk melepaskan mereka....

setelah setahun christian membesar di afrika... john dan anthony merasa rindu padanya.... mereka tidak sabar untuk bertemu dengan christian.... setelah berjaya menjejaki kawasan habitat christian... mereka diberitahu bahawa christian sudah mempunyai puaknya sendiri dan mungkin tidak dapat mengenali john dan anthony lagi.... namun mereka yakin dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang memungkinkan christian akan menyerang mereka berdua...mereka pasti yang christian masih lagi ingat dan menyayangi mereka....

tatkala menunggu christian.... christian turun dari lembah dengan perlahan-lahan... bagaikan mengetahui anthony dan john datang untuk bertemu dengannya...christian terus datang menerpa mereka berdua.... bagaikan melepas rindu yang terpendam.... christian terus memeluk dan menyondol john dan anthony.... agaknya jika christian boleh bersuara...sudah pasti dia ingin menjerit kegembiraan bahawa sememangnya dia amat menanti saat untuk bertemu dan melepaskan rindu pada mereka....paling menyentuh hati... christian turut memperkenalkan ahli keluarga termasuklah isterinya... malah isterinya turut datang dan menyondol mesra john dan anthony....

memang sayu hati bila menonton kasih sayang yang tercurah antara manusia dan seekor singa.... malah aku percaya singa ini sangat istimewa...dia punya jiwa seperti seorang manusia biarpun hakikinya...dia itu hanya seekor binatang yang tidak berakal..... aku terpaku dan hingga saat ini pun aku masih terkenangkan peristiwa ini.... ini suatu fenomena yang sangat unik...ini cerita kasih sayang yang tiada batas antara manusia dan haiwan.... inilah cerita seekor singa yang telah pun memiliki iwa dan nurani murni seorang manusia.... aku menangis bila menonton saat christian datang memeluk erat dan menyondol manja john dan anthony.... terasa seperti sebahagian aku bersama mereka.... membuatkan aku lebih menyayangi mew mew...kucing jantan manja yang sentiasa mengiau merindukan belaian aku.... biarpun tidak dapat membela seekor singa namun aku ada kucing yang juga punya perangai seperti manusia... naima...mew mew dan mollie... kalian buat aku pening tapi masih mampu tersenyum melihat kerenah kalian..

cerita christian - the lion reunion hanya tersebar setelah 40 tahun.... bayangkan cerita yang menarik seperti ini menjadi tumpuan umum dan video rakaman pertemuan mereka menjadi bualan setelah mereka meniti usia emas.... dan aku dapat mengetahui yang kisah mereka dibuat dalam bentuk dokumentari dan ditayangkan di animal planet....

untuk kalian semua...aku persembahkan ....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...